Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Thursday, April 11, 2013

> ada orang order kek karamel pelangi

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

cerita holiday di cherating aku sambung kemudian sebab nak tunggu gambar-gambar dari member hubby. gambar dari kamera aku ada je tapi tak banyak sangat.

Photo0423

sementara tu saja aku nak ceritakan tentang order pertama yang aku dapat bila aku dah berjaya membuat kek karamel pelangi. tapi cerita ni dah lama sebenarnya. cerita tahun lepas. hehe.

kek karamel pelangi ni memang popular kan. sesiapa yang belum pernah rasa kek ni baik korang cari cepat. kek karamel ni memang sedap. hubby aku paling suka. alif pun suka jugak, tok wan alif merangkap abah aku pun suka jugak. pendek kata semua suka la. tapi adam tak berapa suka. hehe. dia suka kek tu je. karamel dia, adam tak suka. adam bab-bab manis-manis ni memang dia tak gemar.

tentang order tu, macam ni ceritanya. bila dah jadi cubaan pertama aku buat kek ni, aku pun try le buat lagi dan lagi. siap adik aku bawa kat sekolah bagi kawan-kawan dia rasa. time tu adik aku praktikal mengajar kat sekolah menengah dekat-dekat dengan rumah aku. rumah mak abah aku sebenarnya. masa tu kan aku duduk kampung 4 bulan sebab hubby aku pergi training kat german kan. bila dah kawan-kawan cikgu dia rasa, maka ada yang dah jatuh hati dan terus nak tempah. kebetulan jugak time tu nak-dekat-dekat nak raya haji. so, memang ramai la yang meng-order. dalam 20 biji kesemuanya. mula-mula takut jugak nak ambil tempahan ni. ye la mana ade niat nak buat bisness pun, tapi dah orang nak order takkan nak tolak pulak. tak sampai hati rasanya.

malam sehari sebelum raya haji tu, aku dengan adik aku tu bersengkang mata tak tidur malam siapkan kek yang di tempah. sebab esoknya dalam waktu lunch dah nak hantar pada customer merangkap kawan-kawan adik aku tu la. 1 kek ambil masa untuk dibakar dalam 1 jam. jenuh jugak nak menunggu masak. nasib baik oven mak aku tak buat hal. ye la pasang non-stop dari malam sampai ke pagi.

aku jual pun takde la mahal sangat. harga biasa-biasa saja. harga ekonomi orang kata. hehe. keuntungan aku bahagi sama rata dengan adik aku. dapat la jugak rezeki untuk raya haji time tu.

Photo0424

Tuesday, April 9, 2013

> Cherating pahang

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

DSC01367

DSC01368

DSC01365

DSC01398

sabtu dan ahad lepas kami pergi holiday di cherating. kami pergi ramai-ramai dengan kawan satu department tempat kerja hubby. ex-department sebenarnya. sekarang hubby dah tukar department lain. tapi persahabatan tu still on.

kami pergi dalam 9-10 biji kereta. ada 4 family termasuk family aku. yang lain masih bujang. ada dalam 18 dewasa dan 6 kanak-kanak. perjalanan dari pekan ke cherating cuma mengambil masa lebih kurang 1 jam.

kalau ikutkan ini kali ke dua aku ke cherating. pertama kali pergi pada hujung 2007. elok-elok aku naik kerja lepas bersalinkan adam, company lama buat family day di cherating. time tu adam kena tinggal dengan nenek di kampung. lagipun kan kecik sangat lagi, takkan nak bawa pergi jalan jauh-jauh. kesian adam.

okay. berbalik pada cerita asal. di cherating kami semua bermalam di Lis Na Ree Resort. okayla resort ni walaupun keadaan resort hampir uzur. maybe dah lama beroperasi. tapi setakat nak tumpang tido untuk 1 malam boleh diterima. tapi yang bestnya resort ni betul-betul tepi pantai dan mempunyai pool kanak-kanak dan dewasa.

okay. nanti kita sambung cerita aktiviti-aktiviti family day kitaorang ni di lain entri. bye.

DSC01431

DSC01432

Monday, April 1, 2013

> kek ombak beralun kukus

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

DSC01319

maaf ye, aku buat kek lagi. hehe. kali ni kek ombak beralun. panggil kek ombak rindu pun boleh jugak. tapi bila perati betul-betul, kek aku ni dah macam peta dunia pulak. haha. warna pun tak seimbang. warna pink banyak sangat. warna oren pulak sikit sangat. tapi kek ni gebu dan lembut giler. rasa pun sedap. nak buat pun tak susah mana. harus jadi resepi kek favourite ni.

aku buat kek ni sebab nak balas pinggan mangkuk jiran sebelah rumah. hari sabtu hari tu ada kenduri bertunang anak dia. pagi sabtu tu dia bagi nasi dagang untuk sarapan. bila nak pulang balik pinggan mangkuk tu takkan nak bagi kosong macam tu kan. tu yang buat kek ombak beralun ni. nasib baik jadi. cubaan pertama ni. hehe.

macam biasa resepi search kat internet. kalau korang nak cuba korang taip je kat google kek ombak beralun. banyak link yang akan keluar. korang pilih je yang mana satu korang nak ikut. macam aku aku ambil dari kak fida my resepi. thanks owner.

DSC01311

DSC01315

Resepi kek ombak beralun

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur - A yg sejuk dr peti ais
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum - ayak
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar ovallete
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 cawan susu cair + 1/8 cawan susu cair
  • 10 sudu besar mentega cair
  • pewarna oren,hijau dan merah atau warna pilihan ikut suka
  • Secukup serbuk milo

Cara-cara:

  1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
  2. Campurkan kesemua bahan pukul hingga kembang kecuali mentega dan pewarna.
  3. Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan.
  5. Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang.
  6. Ayak serbuk milo di atas lapisan pertama hingga menutupi lapisan adunan pertama tadi.
  7. Tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan milo dengan kemas. Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok-tompokkan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk milo.
  8. Tabur lagi serbuk milo. Ulang melapis dan menabur serbuk milo untuk lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur serbuk milo.
  9. Tutup loyang kemas dengan aluminium foil. Kukus selama 45 minit. untuk dapatkan ombak yang cantik gunakan api besar.
  10. Apabila masak, buka segera aluminium foil. Biarkan kek 5 minit di dalam loyang.
  11. Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai.
  12. Biar kek benar-benar sejuk dan boleh dipotong dan hidangkan.

DSC01332

Iklan LR