Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Wednesday, April 18, 2012

> sekali air bah,sekali pantai berubah

ini cerita bah yang betul-betul. isnin lepas rumah mak dilanda banjir. memang hujan petang tersebut agak lebat. kelam kabut kami dibuatnya bila air mula nak naik. angkut semua barang-barang ke tempat yang tinggi. masa kami kelam kabut tu, adam takut sangat. macam-macam dia tanya.

untuk rekod memang rumah mak ni pernah dilanda banjir sejak saya kecil-kecil dulu. seingat saya banjir paling dalam pernah kami lalui hingga paras dada orang dewasa. alhamdulillah banjir kali ni tak begitu dalam. cuma ruang tamu saja dimasuki air hingga paras buku lali. itu pun sebab pintu utama kami sendal dengan papan dan kain. jadi kuantiti air yang masuk tidak begitu banyak. ruang tengah dan dapur tidak terlibat. tapi ada 2-3 rumah jiran habis satu rumah ditenggelami air. air mula naik masa dah nak dekat-dekat waktu maghrib. dalam setengah jam atau sejam kemudian air mula surut.

rumah mak saya ni belakangnya ada sungai. itu punca terjadinya banjir ni. sungai dah tak mampu nak tampung jumlah kuantiti air. tu yang melimpah ke rumah kami.

rumah mak saya ni kalau korang tengok lantainya semua tinggi-tinggi kecuali ruang tamu. ini pun mak abah saya tengah berkira-kira nak naikkan lagi lantai ruang tamu.

tapi bagi mereka-mereka yang rumahnya tak terlibat, banjir ini macam satu pesta. budak-budak kehulu ke hilir main air.



air mula naik


masa untuk mencuci


kesan banjir salah satu rumah jiran

1 comment:

pB said...

as salam


rasanya kena ada pihak yang mengambil tahu semua perkara ini.

Kalau kat KB , banjir tu pesta

Iklan LR