



alif memang tak dapat dipisahkan dengan air. kalau suruh aje pergi mandi, laju dia bangun. pulak tu kalau dah dapat main air payah pulak nak keluar. sampai menangis-nangis la dibuatnya.
berada di kg ni, dah 1 kali alif dapat mandi dalam pool budak-budak tu. kalau mandi dalam bilik mandi mesti nak masuk dalam baldi, berendam.
dan hari selasa lepas alif mula batuk-batuk. bangun pagi keesokannya nafas sedikit berbunyi. macam nak kena lelah. bawak pergi klinik kesihatan di sini sahaja. alif dibekalkan ubat batuk, cair kahak dan antibiotik. 1 malam alif tak dapat tidur. merengek menangis sahaja. sebelum-sebelum ni alif tak pernah pun kena lelah ni. ini fisrt time.
sekarang alif beransur baik. lepas ni alif dah tak boleh mandi berendam lagi. mandi pun tak boleh lama-lama. cegah lebih baik dari mengubati..
No comments:
Post a Comment