Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Saturday, July 13, 2013

> mama dan alif

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

alhamdulillah aku kini kembali bergelar pekerja setelah 2 tahun lebih jadi suri rumah sepenuh masa. banyak tempat dah aku apply area pekan ni sebenarnya. baru kini rezeki berpihak kepada aku.

ingat lagi, pernah satu ketika aku post status kat facebook sebab terkilan dan sedih terpaksa tolak tawaran interview satu company ni kerana hubby aku training kat jerman. time tu aku kat perak. jauh pulak nak balik pekan untuk attend interview tersebut. tapi ada seorang kawan ni bagitahu “ kalau dah takdir rezeki aku untuk dapat kerja 2 tahun lagi, rezeki tu tetap akan jadi milik aku. kebetulan kan. genap 2 tahun aku dimurahkan rezeki. syukur sangat-sangat.

alhamdulillah, kerja ok. hari ni dah sebulan lebih aku bekerja. cumanya ada masalah sikit dengan alif. hari-hari alif menangis bila nak hantar ke rumah pengasuh. kesian alif. sebelum ni mana pernah kena tinggal. 24 jam dengan aku. tiba-tiba kena duduk dengan oarang yang dia tak kenal. mesti rasa sedih kan. setiap pagi hari bekerja aku bersilat dengan alif untuk hantar dia ke rumah pengasuh. aku harap sangat. alif dapat sesuaikan diri dengan keadaan sekarang ni dengan cepat.

DSC01746

alif: mama tinggalkan alif kat rumah pengasuh bukan sebab mama tak sayang alif tau. mama pergi work sayang. mama sayang alif banyak-banyak.

> adam dan ramadhan

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

alhamdulillah, hari ni genap 4 hari kita semua yang beragama islam berpuasa. adam pun tak terkecuali. tapi adam baru dapat 2 hari. hari 1st puasa adam dapat bertahan sampai pukul 5 sahaja. memang sayang kan, lagi 2 jam lebih je dah boleh berbuka. tapi aku tak nak le paksa-paksa sangat. buat setakat mana yang dia mampu sahaja. lagipun time tu dia dah nangis-nangis nak minum. kesian pulak.

hari ni adam tak puasa jugak sebab dia liat bangun sahur. macam tu la kalau tidur lewat. kan dah susah nak bangun sahur.

okeylah, selamat menjalani ibadah puasa untuk semua. moga ibadah puasa kita diterima Allah SWT.

DSC01747

Monday, May 13, 2013

> soto ayam

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

semalam masak soto ayam. cadang nak update lepas makan tengahari. tapi hubby nak pergi memancing. apa lagi anak-anak confirm la nak ikut. jadinya, aku pun kena la ikut juga. hajat hati lepas makan nak le tidur barang 1-2 jam. sure nikmat tidur bila perut kenyangkan. buruk betul perangai. hehe.

masak soto ni bukan susah mana pun. kuah buat je sup ayam. tapi nak sediakan rencah-rencah sampingan tu yang membuatkannya lama berada di dapur. tapi rencah-rencah tu la yang buatkan soto tu jadi sedap. tambah kalau letak begedil banyak-banyak. rasa nak tambah 2-3 pinggan. hehe.

ni stail soto ayam versi mak aku. ada telur dadar. macam pelik bunyinya kan. biasa soto ayam mana ada telur dadar ni. yang lain rasanya sama kot.

DSC01824

nasi impit, telur dadar, soo hon goreng, sambal kicap, begedil, kacang goreng, bawang goreng (tapi terhangit sikit) dan daun sup + daun bawang.

DSC01829

masukkan semua bahan diatas ke dalam mangkuk dan lastly masuk sup ayam.

DSC01881

 

Resepi Soto Ayam

bahan-bahan untuk sup ayam

  • ayam
  • rempah sup/ rempah soto
  • sup bunjut adabi
  • kiub pati ayam
  • air secukupnya
  • kulit kayu manis, bunga lawang
  • bawang merah
  • bawang putih
  • halia
  • ubi kentang
  • garam
  • asam keping

cara-cara:

  1. kisar bawang merah, bawang putih, dan halia.
  2. masukkan ayam, bahan kisar, rempah sup, kulit kayu manis dan bunga lawang ke dalam periuk. reneh sebentar.
  3. masukkan kiub pati ayam dan sup bunjut.
  4. masukkan air dan asam keping secukupnya.
  5. masukkan kentang yang telah dipotong 4.
  6. perasakan dengan garam.

 

bahan-bahan untuk begedil

  • ubi kentang
  • bawang merah
  • serbuk lada hitam
  • garam
  • daun bawang
  • telur

cara-cara:

  1. goreng ubi kentang.
  2. lenyekkan ubi kentang yang telah digoreng.
  3. masukkan lada hitam, bawang yang digoreng terlebih dahulu, daun bawang dan garam.
  4. gaul sebati bahan-bahan tersebut.
  5. bulat-bulatkan adunan.
  6. rendam sebentar adunan yang telah dibulatkan ke dalam telur yang sudah di pukul.
  7. goreng dengan minyak yg panas.

 

bahan-bahan untuk telur dadar

  • tepung gandum
  • telur
  • air
  • garam

cara-cara:

  1. masukkan tepung dan air ke dalam mangkuk. kacau sebati.
  2. masukkan pula telur. kacau lagi.
  3. masukkan garam.
  4. goreng nipis seperti membuat kulit kuih ketayap.
  5. gulung dan potong nipis nipis.

 

bahan-bahan untuk sambal kicap:

  • cili padi
  • bawang putih
  • kicap manis
  • gula
  • limau kasturi-ambil jusnya.

Caranya

  1. Kisar cili padi, bawang putih bersama kicap.
  2. Tuangkan dlm mangkuk dan campurkan jus limau kasturi.
  3. Gaul sebati.

 

bahan-bahan lain:

  • nasi impit – rebus nasi impit segera sehingga masak.
  • kacang tanah – di goreng
  • soo hon – di goreng
  • bawang goreng
  • daun bawang dan daun sup

 

Cara-cara Penyediaan

  1. Masukkan nasi impit yg telah di potong kecil kedalam mangkuk hidangan.
  2. kemudian letakkan soo hon, telur dadar, kacang tanahdan begedil.
  3. tuang kan kuah sup ayam berserta isi ayam dan kentang ke dalam mangkuk.
  4. tabur bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
  5. letakkan sambal kicap dan siap sedia untuk dimakan.

Iklan LR