orang lebih suka sebut pampers dari diapers. padahal pampers tu jenama untuk diapers.
hari ni dah hari ke-5 adam tak pakai diapers. bermula sabtu lepas. semuanya berjalan lancar. alhamdulillah takde kes bocor lagi. cuma waktu tidur sahaja saya pakaikan diapers takut terkencing dalam keadaan tidak sedar.
agak lambat sebenarnya adam diajar dari berhenti pakai diapers. sebelum ni ajar jugak. tapi hari cuti sabtu ahad sahaja.
macam-macam cara sebenarnya saya dan hubby lakukan untuk berhentikan adam dari memakai diapers. belikan spender yang ada gambar ultraman (adam fanatik dengan ultraman), sorok diapers, bagitau adam yang dia dah besar dan yang paling berkesan rasanya saya cakap siapa pakai diapers nanti kena sunat. adam memang fobia sangat dengan perkataan sunat. takut betul dia. hehe.
plan saya sebenarnya mahu ajar dia bila saya dalam berpantang nanti. masa tu boleh concentrate betul-betul. tapi bila dia sudah boleh terima pembelajaran ini, hati saya gembira sekali. lepas ini beli diapers untuk adik adam sahaja. save budget bulan-bulan. terima kasih adam.
:)