Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Tuesday, June 1, 2010

> Rindu

assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua. sedar tak sedar hari ni dah masuk Jun. dah separuh tahun 2010.



minggu lepas macam mood tak berapa elok. bukan sebab ape pun. kebetulan hubby outstation ke Perlis dari hari isnin sampai le hari khamis. sunyi rumah dibuatnya. Rindu sangat-sangat kami pada dia.



kebetulan jugak hari isnin tu aku MC. aku selsema dan rasa nak demam. lepas tu pulak hari selasa adam pulak mula panas-panas badan. hari rabu adam mula merengek kata mulut dia sakit. ade ulser dlm mulut. byk jugak. 2-3 tempat termasuk kat lidah. demam ade sikit. asyik menangis. aku terpaksa amik cuti. minum dan makan pun adam tak mahu. air kosong pun dia tak nak. sekejap-sekejap nangis nak abah. kejap nangis kata mulut sakit. sedih betul dibuatnya. hari khamis pun aku masih cuti. adam still lagi sakit mulut. tp alhamdulillah minum susu dah mahu sikit. dugaan betul rasanya bila hubby takde…



sepeninggalan hubby ke Perlis, telefon la penghubung kami yg setia. dah mcm zaman bercinta dulu-dulu. bergayut kat telefon berjam lamanya. sms setiap masa. hehe… memang mcm org tgh bercinta la. hubby xde depan mata memang rindu sangat. adam pun macam tu. nak-nak skrg dia dah pandai ckp di telefon. mcm2 dia tny abah dia. bila abah nak balik. abah buat keje ye. nanti abah beli bj ultraman untuk adam ye (ermm sempat lagi tu. hehe)… kdg2 berebut telefon aku dgn dia nak ckp dgn hubby.



alhamdulillah hubby sampai rumah hari khamis lepas maghrib. seronok sangat kami anak beranak. hubby belikan pelam harum manis. kan perlis terkenal dengan pelam tu… sedappppp…


Tuesday, May 25, 2010

> kompang dipalu

belum cuti sekolah lagi, tapi kenduri kawen dah start dah. tapi memang zaman sekarang orang kawen tak tunggu cuti sekolah. kalau tunggu alamat bertembung dengan orang lain la.


minggu lepas balik kampung aku kat trolak. anak jiran aku kawen. kira kawan sepermainan aku masa kecik dulu la. kepada Zuraidah dan pasangan, Selamat Pengantin Baru. Semoga ditetapkan jodoh hingga ke akhir hayat.


Picture 036


semalam aku MC. kurang sihat sikit. Selsema. aku kalau selsema memang tak tahan. nk buat kerja ape pun tak boleh nk fokus. rasa nak baring saje. lega dpt MC semalam. balik rumah, tido, rehat secukupnya. alhamdulillah hari ni dah ok sikit. walaupun selsema masih ada tp dh boleh control. demam pun dah kebah. syukur sgt.



”Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”

Tuesday, May 18, 2010

> Restoran Upin Ipin

kenape? tak percaya? upin ipin dah ade restoran sendiri tau.



Picture 030


tak pasti pulak aku restoran ni betul-betul ke hak milik kekal upin ipin. mungkin amik nama je kot. restoran ni kat Putra heights. pertama kali kami cuba. itu pun secara tak sengaja. ronda-ronda pusing-pusing lepas temankan adam main playground ahad lepas, then ternampak restoran ni. baru buka kot.



macam menu ade kat sini. sama mcm restoran-restoran yang lain. western, thai… satay pun ade jugak. pertama kali kami cuba hari tu, menu lambat sampai sikit. pelanggan boleh tahan ramai. nasib baik dia pasang dvd upin ipin, boleh jgk layan hilangkan keboringan menunggu.



aku dan hubby order chicken chop. ok lah. boleh tahan. sedap jugaklah. tapi takde include fries. ayam tu je semata-mata. dari segi harga mahal jugak kot. total kami berdua makan, chicken chop 2, sirap ais 1 dan limau ais 1, RM 25. adam tak makan. sibuk main kejar-kejar dengan kawan baru sampai berlaga kepala masing-masing. hehe…



Iklan LR