Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Wednesday, January 16, 2013

> alif 2 tahun

Salam.

Semalam 15 januari, alif genap 2 tahun. Happy birthday sayang. Mama sayang alif ketat-ketat. Mama dan abah doakan alif jadi anak yang soleh. Berjaya didunia dan akhirat.

Pejam celik pejam celik dah 2 tahun. Cepat betul masa berlalu. Tapi saya tetap rasakan alif masih lagi baby saya. Perangainya boleh tahan. Banyak sgt permintaan yg kadang-kadang malas saya melayan. Bertutur masih pelat. Gigi dah mula rongak. Bukan malas gosok gigi tapi gigi alif memang sangat rapuh. Nasib baik gigi susu, kalau tak hilang la macho. Hehe. Walaupun dah cecah 2 tahun tapi masih menyusu badan. Alahai susahnya nak stop kan dia.

Kalau nak tau dia follower nombor satu abang dia. Apa yang abang buat dia ikut. Apa yg abang dia ada, alif nak. Kesian abang, selalu kena beralah dengan adik.

Walau apepun mama, abah dan abang adam sayang sangat-sangat pada alif. Mmmmuuuuaaahhhh... :*

No comments:

Iklan LR